HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

Kerajaan digesa perinci kos penjenamaan negara

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menuntut kerajaan menjelaskan sama ada kerajaan masih menggunakan perunding FBC Media, untuk menggilap imej Malaysia di luar negara.

Dalam soalan lisan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zuraida menggesa kerajaan memperinci perbelanjaan, jenis media dan status perunding yang mengendali kempen penjenamaan Malaysia di luar negara.

Zuraida

“Apa skop kerja dan pecahan kos penjenamaan negara,” soal Zuraida dalam soalan lisannya di Dewan Rakyat.

“Tindakan telah diambil oleh BBC (British Broadcasting Corporation) dan Consumer News and Business Channel (CNBC) kerana memapar cerita buruk dan plasu

“BBC dan CNBC telah tamatkan kontrak FBC,” ujar Zuraida.

Pada Ogos 2011, siasatan akhbar United Kingdom, The Independent mengesahkan kerajaan Malaysia memperuntuk RM57 juta kepada FBC Media (UK) untuk ‘Kempen Strategi Komunikasi Global’ pada 2008 dan 2009.

najib-bbc-fbc-media1

KEADILAN mempersoal tindakan kerajaan berbelanja sebanyak RM1.5 juta menempah iklan memaparkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah mansor dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.

Terdahulu, Zuraida mempersoalkan keberkesanan program kefahaman Islam yang disiarkan TV Al-Hijrah sejak 2010, dengan kos berjumlah RM30 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: