HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 September 2013

Ambiga: K'jaan ketepi pandangan AG?

 


 

Peguam kanan Datuk S Ambiga mempersoalkan sekiranya kerajaan mengenepikan pandangan peguam negara ketika membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat untuk membolehkan penahanan tanpa bicara.

Beliau mempersoalkan perkara itu berhubung cadangan rang undang-undang pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah yang dibentangkan minggu lalu.

Berucap dalam satu perhimpunan membantah cadangan pindaan tersebut di depan bangunan Parlimen hari ini, Ambiga berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Julai lalu telahpun membuat kenyataan yang menentang penahanan seperti itu.

"Adakah kerajaan tidak menerima nasihat AG? Saya ingin tahu sekiranya AG dirunding, kerana beliau bertegas bahawa beliau tidak bersetuju dengan perkara ini,” katanya.

Tiada ulasan: