Adakah ini nilai yang dirancang oleh kerajaan Malaysia selepas ini berdasarkan laporan Berita Semasa pada 15 Mei 2013 (KLIK SINI)
dan ada kebenarannya? Sebenarnya sejak daripada semalam lagi, telah
kedengaran yang bahang kenaikan harga minyak kali kedua berdasarkan
laporan Bernama.
Dan…..di sebelah
pagi tadi, melalui siaran radio Era FM dan juga laporan Berita Astro
Awani melaporkan dijangka akan berlaku gelombang kenaikan harga minyak
naik kali kedua tidak lama sahaja lagi.
Jikalau Dr. Subramaniam memilih menggunakan alasan penyakit diabetes (SEPERTI DI SINI)
sebagai asbab untuk mengurangkan subsidi gula sekaligus menaikkan harga
gula tidak lama sahaja lagi, kali ini alasan untuk mengelakkan
berlakunya kes seludup petrol akan digunapakai bagi “menghalalkan kenaikan harga minyak RON 95 buat kali kedua” dalam tempoh 2 bulan ini.
Kenaikan Harga Minyak RON 95 Naik Kali Kedua VS Seludup Petrol
Adakah kerajaan Malaysia sedang
ketandusan idea bagaimana mahu mengawal hutang negara Malaysia yang
terus melambung tinggi ketika ini dan dalam pada masa yang sama, nilai
matawang ringgit Malaysia berada pada paras yang lemah.
- Minyak RON95 beli dari negara Timur Tengah (minyak berkualiti rendah)
- Minyak Malaysia yang mempunyai gred tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang.
P/S : Berdasarkan angka yang Berita
Semasa perolehi daripada sumber terus daripada Petronas sendiri, angka
yang dikongsikan amat-amat mengejutkan. Berita Semasa akan membuat
semakan kesahihannya.
PP/S : Kehangatan kenaikan harga minyak
naik RON 95 naik sebelum ini pun belum reda lagi. Ditambah dengan
lonjakan harga barang. Adakah dengan kenaikan harga minyak RON 95 kali
ini akan menyebabkan rakyat Malaysia semakin NAIK MINYAK? Apa kata anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan