HALAMAN SANTAI
Sabtu, 28 September 2013
Hasan: Harga petrol naik lagi hanya spekulasi
Kerajaan akan menimbang untuk mengeluarkan kenyataan berkala mengenai sebarang perubahan mengenai subsidi bahan api bagi mengelak spekulasi mengenai kenaikan harga petrol.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), berkata tindakan ini akan diambil bagi mengelak timbulnya spekulasi mengenai kenaikan harga minyak oleh sesetengah pihak.
"Kalau ada permintaan supaya kita buat berkala (kenyataan), kita akan usahakan sebab kita ini kerajaan yang berlandaskan sokongan rakyat. Kalau perlu, kita akan keluarkan kenyataan dari semasa ke semasa," katanya.
Hasan berkata demikian ketika mengulas serta menafikan penyebaran maklumat kononnya harga minyak RON95 naik sepuluh sen kepada RM2.20 seliter tengah malam semalam.
Katanya, akibat penyebaran maklumat palsu pihak yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pembelian panik di stesen petrol semalam.
"Saya menghadiri mesyuarat Kabinet pagi tadi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun kita tidak bincang pun soal harga minyak naik kali ini.
"Saya sebagai menteri menafikan spekulasi itu, malah kecewa kerana masih ada segelintir orang yang hendak buat cerita tidak betul ini. Bagi saya, mereka ini berniat jahat," katanya dan meminta perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan