HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 September 2013

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah bukan untuk kawal pembangkang dan NGO

Oleh Hasbullah Awang Chik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di forum pencegahan jenayah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 September, 2013.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di forum pencegahan jenayah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari





















Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang akan dibincangkan di Parlimen Isnin ini bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.

Beliau berkata, tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

 "Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.

"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Tiada ulasan: