HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 September 2013

'Melayukan' rumpun Melayu Sabah, kata mufti


Bungsu@Aziz Jaafar 
 Bungsu@Aziz Jaafar

PUTRAJAYA - Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar hari menggesa kerajaan supaya menggiatkan usaha penyatuan umat Islam di Sabah khususnya rumpun Melayu berikutan krisis identiti masih menular ketika ini.

Aziz menegaskan kerajaan lebih serius menyatupadukan rumpun Melayu di Sabah, seperti mana yang dilakukan ke atas rumpun itu di Semenanjung Malaysia, sekali gus penyatuan umat Islam dapat dicapai kelak.

"Tidak semua orang Sabah mengaku orang Melayu...untuk melakukan penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu "diMelayukan" sebagai satu rumpun.

"Jika di Semenanjung Malaysia, orang Melayu terdiri daripada pelbagai suku seperti Jawa, Bugis dan lain-lain semuanya mengaku Melayu," katanya ketika berucap pada Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu dalam Krisis Kepimpinan, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: