KL TODAY
PETALING
JAYA: Dengan kurang daripada tiga bulan untuk pilihan raya PKR,
nampaknya timbalan presiden parti Azmin Ali, telahpun mula berkempen
untuk menghadapi pemilihan yang akan datang.Menurut sumber dalaman
parti, sebuah kumpulan yang menyokong Azmin Ali menjadi Presiden PKR
telah memulakan program yang dikenali ‘Bertemu Pemimpin Akar Umbi’
bermula di Perak minggu lepas.
Perak mempunyai paling banyak cabang dengan jumlah 24 cabang yang mempunyai ahli antara kira 70, 000 hingga 80, 000 orang.
Turut
kelihatan dalam program jelajah Perak itu ialah Dr. Xavier Jayakumar ,
Adun Seri Andalas, (dijangka bertanding jawatan Naib Presiden),
Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves (jawatan Ketua AMK), Suhaimi Shafiei,
Adun Sri Muda (ahli MPP), Hee Loy Sian MP Petaling Jaya Selatan (MPP)
dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.
Pemimpin-pemimpin
cabang di Perak dari Bagan Datoh, Lumut, Parit, Pasir Salak, Beruas,
Batu Gajah, Gopeng, Kampar telah kelihatan dalam program tersebut.
Beberapa
program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain
menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April
atau Mei tahun hadapan.
Sebelum
ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana
‘Laksana Satu Nyawa’ dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti
dan sayap AMK di Lembah Klang.
Pemilihan
kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil
keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14
tahun yang lalu.
Ada desas
desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri
akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar
jawatan tersebut.
Sekiranya
ini berlaku, ‘game play’ akan berubah dan ramai ‘orang-Azmin’ dijangka
memenangi jawatan-jawatan penting parti bagi ‘menghalang Anwar dari
membuat keputusan secara bersendirian’ tanpa terlebih dahulu merujuk
kepada keputusan majoriti Biro Politik dan MPP parti.
Dalam apa
jua situasi, empat jawatan Naib Presiden dan 20 jawatan MPP akan
menyaksi pertembungan hebat kumpulan Azmin Ali dengan kumpulan pro
Nurul Izzah, Naib Prseiden PKR yang juga anak Anwar.
Walaubagaimanapun
kumpulan pro Nurul lzzah tidaklah se-agresif turun padang berbanding
kumpulan Azmin, lantaran hanya banyak berkempen melalui media sosial
dan internet dan program -program Anwar.
Nurul kelihatan muncul ‘menumpang pentas’ program-program yang dihadiri oleh Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan