Shahbudin Husin
Penyertaan
Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib
Presiden Umno tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. Daripada
disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian
penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu
penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan
merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.
Namun
di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan Umno menjelang
pemilihan 19 Oktober depan terlihat semakin mengukuh terhadapnya.
Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan Barisan Nasional menawan
semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan
berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.
Ini
menjadikan, meskipun tarikh pemilihan ada kira-kira tiga minggu lagi
tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk
menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.
Secara
langsung juga keadaan ini menjadikan sekurang-kurangnya salah seorang
daripada tiga penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Ahmad Zahid Hamidi,
Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal mulai rasa tergugat. Sekiranya,
dua lagi calon iaitu Isa Samad dan Ali Rustam turut berupaya
melonjakkan diri masing-masing, tambahan pula kedua mereka juga pernah
menyandang kerusi itu sebelum ini, bermakna ketiga-tiga penyandang
jawatan naib presiden ini tidak lagi selamat kedudukannya.
Serentak
dengan tersebarnya cakap-cakap bahawa penyertaan Mukhriz tidak mendapat
restu Najib, spekulasi itu bertambah hangat apabila Zahid,
Hishammuddin dan Shafie dilihat bersama-sama dan saling bergandingan
tangan ketika hadir di hari penamaan calon pada 21 September lalu.
Walaupun
dinafikan ada pakatan atau sebarang usaha untuk mewujudkan blok undi,
kempen-kempen yang mahukan ketiga-tiga penyandang itu dikekalkan
ternyata semakin tersebar di mana-mana.
Di Wilayah
Persekutuan pula, ketika majlis memperkenalkan salah seorang calon
Naib Presiden, Zahid Hamidi kepada para perwakilan yang diadakan di
sebuah hotel minggu lalu, Tengku Adnan Tengku Mansor secara terbuka
menyatakan bahawa Najib mahukan ketiga-tiga penyandang sedia ada
dikekalkan.
Apabila
perkara itu menjadi heboh dan disiarkan dalam beberapa blog pro Umno,
diberitahu kemudiannya bahawa ucapan Tengku Adnan pada malam itu adalah
atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP dan
bukannya sebagai Setiausaha Agung Umno.
Namun yang
jelasnya, Ku Nan dengan kedudukan dan gambarannya sebagai “tangan
kanan” Najib dilihat mahukan perwakilan Umno WP mengekalkan Naib
Presiden sedia dan menolak Mukhriz.
Di
kalangan ketua-ketua cawangan dan para perwakilan WP, ucapan Ku Nan itu
telah menimbulkan keresahan dan serba salah kerana ramai yang
beranggapan bahawa kehadiran Mukhriz sebagai salah seorang naib presiden
seharusnya diterima dengan baik, sesuai dengan saranan meremajakan
parti dan menerima pemimpin muda yang berkelayakan yang sering
dilaung-laungkan sebelum ini. Tambahan pula, di kalangan tiga penyandang
naib presiden itu ada yang begitu dipertikaikan kewibawaan dan daya
kepimpinannya.
Di
negeri-negeri lain juga didapati bahawa kempen yang mahukan ketiga-tiga
penyandang dikekalkan turut kedengaran. Dalam banyak keadaan pula,
nama Najib turut digunakan untuk menguatkan keyakinan agar para
perwakilan bersetuju tanpa banyak soal dengannya.
Hujah yang
digunakan ialah Najib dikatakan cukup selesa bekerja dengan
ketiga-tiga naib presiden sedia ada yang sudah dikenalinya cukup lama
dan sekiranya berlaku perubahan ia mungkin merencatkan sebarang usaha ke
arah transformssi dalam parti dan juga kerajaan yang mahu dilakukan
Najib selepas ini.
Dan
terbaru ini, kemenangan Mukhriz sebagai naib presiden dikatakan sebagai
ancaman kepada Najib pula. Apa yang ditulis oleh The Economist
mengenai hal itu sebenarnya adalah perkara yang sudah menular jauh
diperbualkan di kalangan para perwakilan. Tujuannya tidak lain ialah
untuk menghalang kemenangan Mukhriz dan menjadikan status quo naib
presiden tidak berubah.
Isu
kehadiran Mukhriz sebagai ancaman kepada kedudukan Najib kini bukan
saja terpaksa dinafikan oleh tuan punya badan sendiri tetapi turut
dilakukan oleh Mahathir juga. Mukhriz, kata Mahathir lagi, tidak
mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.
Sementara
Mukhriz mulai menyedari bahawa kempen-kempen untuk menolaknya daripada
memenangi jawatan Naib Presiden Umno mulai mengancam peluangnya,
Mahathir pula tentunya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu anak
bongsunya itu kecundang dalam pemilihan kali ini.
Setelah
kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu
kepada Haji Zulkifli dalam pemilihan 2004 dan kemudian kalah juga
kepada Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno Malaysia
pada 2009, Mahathir tentunya tidak rela melihat Mukhriz kalah lagi dalam
pendakiannya menuju puncak hireaki dalam Umno dan juga kerajaan.
Walaupun
Najib sudah menafikan beliau merestui calon-calon tertentu
dan menyerahkan kepada para perwakilan membuat pilihan, namun ia didapati semakin kerap diperkatakan di mana-mana. Semakin dekat hari pemilihan, dipercayai lagu yang mengatakan Najib mahu Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan, pastinya lebih kerap didendangkan dengan pelbagai irama dan tempo oleh tukang-tukang kempen sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi.
dan menyerahkan kepada para perwakilan membuat pilihan, namun ia didapati semakin kerap diperkatakan di mana-mana. Semakin dekat hari pemilihan, dipercayai lagu yang mengatakan Najib mahu Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan, pastinya lebih kerap didendangkan dengan pelbagai irama dan tempo oleh tukang-tukang kempen sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi.
Semakin kuat Mukhriz cuba menyelit dan memastikan kemenangannya, begitu jugalah semakin kuat gerakan yang mahu menolaknya.
Cumanya, bolehkah Mukhriz disingkirkan sedangkan mood dan kehendak perwakilan secara majoritinya lebih memihak kepadanya?
Kemenangan Mukhriz mungkin menjadikan Umno tambah menarik dengan wajah
kepimpinan yang dilihat lebih segar dan meyakinkan di mata rakyat tetapi
sekiranya Mukhriz kalah, drama-drama dalam Umno selepas itu juga
pastinya lebih menarik lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan