MALAYSIA HARMONI
KUALA
LUMPUR - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutunya tidak
akan berganjak untuk meneruskan jelajah sebagaimana yang dijadualkan
walaupun Menteri MITI, Dato Sri Mustapha Mohamad menggesa supaya jelajah anti-Obama dan anti-TPPA ini dihentikan.
“SAMM
ingin menegaskan bahawa pentingnya jelajah ini diteruskan bagi memberi
kesedaran kepada orang ramai betapa Perjanjian TPPA ini bakal mengheret
negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi,” kata Pengarah
Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
“Penjajah era baru tidak lagi membawa kereta kebal dan senjata perang, tetapi hanya dengan pena bersama kertas perjanjian.”
Beliau
berkata dalam sidang medianya, kerajaan juga tidak memberi gambaran
sebenar potensi TPPA yang mampu menggadai negara. Dengan itu jelajah ini
menjadi medan umum bagi menyampaikan maklumat yang terbocor daripada
‘perjanjian rahsia’ TPPA.
“SAMM
tidak sesekali membenarkan kedaulatan tanah air diperjudikan, menyedari
TPPA adalah perangkap sebagaimana ia dirahsiakan dari pengetahuan umum,”
tegas Edy.
Bukan sekadar orang biasa, jelasnya, malah menteri dan ahli parlimen juga ramai yang tidak mengetahui apa itu TPPA.
“Perjanjian TPPA boleh ditandatangan di mana jua dan pada bila-bila masa selagi rundingan dengan wakil MITI masih berjalan.”
Pada pandangannya, majlis memetrai tandatangan yang sepatutnya berlaku pada Oktober lalu hanya ditangguhkan.
“Tidak
semestinya ia berlaku ketika Presiden Barrack Obama hadir ke Malaysia.
Ia juga boleh dimetrai di luar negara,” tegasnya lagi.
Dalam
pada itu, Mustapha turut meminta supaya kehadiran Presiden Barrack
Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang
disusun melibatkan pelbagai pihak. Bagaimanapun, SAMM tetap bertegas kehadiran Obama ke Malaysia harus ditentang.
“Presiden
Barrack Obama memimpin negara yang mengamalkan dasar ketenteraan yang
bersikap ‘samseng antarabangsa’, kejam dan berpaksi kepada Zionis. Obama
tidak harus masuk ke Malaysia,” katanya tegas.
Beliau berkata, bantahan terhadap kehadiran Obama tetap diteruskan di KLCC pada 11 Oktober 2013.
“Pada
malam sebelumnya, Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA juga akan
berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bagi memberi ruang
kepada dua tokoh ternama Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar untuk berada
sepentas bersama-sama menentang Perjanjian TPPA,” jelasnya.
Petisyen jemputan dimaklumkan telah pun diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan fax.
“Jelajah
#BantahOBAMA #TolakTPPA kini memasuki siri kelima. Orang ramai dijemput
hadir ke semua lokasi jelajah yang berbaki sembilan daripada 14 lokasi
di seluruh negara.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan