HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

Kos satelit RazakSat-2 naik RM71.9 juta


MALAYSIA KINI
 
 
 
Anggota Parlimen Pembangkang mempersoalkan berhubung satu lagi projek mega kerajaan, program satelit RazakSat-2 untuk pemetaan muka bumi dan pemantauan cuaca lebih berkesan.

Dalam soalan tambahannya semasa sesi soal jawab semalam, wakil Bukit Mertajam Steven Sim berkata, menteri berkaitan Abu Bakar Mohamad Diah mendedahkan bahawa kemajuannya berada di tahap memilih rakan teknologi.

Rakan teknologi itu akan bekerjasama dengan Astronautic Technology Sdn Bhd.

Diumumkan dua tahun lalu, RazakSat-2 merupakan kesinambungan kepada projek RM142 juta RazakSat-1 yang dilancarkan dari Pulau Kwajalein pada 21 April 2010 - tetapi dibatalkan tidak lama selepas itu ekoran beberapa masalah.

Sim berkata, beliau terkejut dengan pendedahan menteri bahawa kos RazakSat-2 bertambah kepada RM271.9 juta walaupun diumumkan pada 2011 dengan kos RM200 juta.

"Bagaimana tanpa apa-apa kerja penting sejak diumumkan pada 2011, kosnya boleh meningkat sebanyak RM71.9 juta?" soal Sim.

Tiada ulasan: