HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 September 2013

Mana peruntukan kami, Hindraf tanya PM

 


 

Persatuan Hindraf Malaysia mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memasukkan peruntukan untuk melaksanakan memorandum persefahaman (MoU) antara kumpulan itu dan kerajaan, dalam belanjawan 2004 nanti.

NONEPengerusinya di Pulau Pinang Kalay Selvam Kalay (kiri) berkata, tiada apa-apa yang dilakukan kerajaan BN sejak MoU ditandatangani pada April, kecuali membenarkan pembentukan sebuah unit yang belum dinamakan bawah Jabatan Perdana Menteri,

"Ekoran kitaran belanjawan nasional 2014 telah bermula, kami ingatkan kerajaan BN, terutamanya Najib untuk memasukkan peruntukkan untuk melaksanakan MoU Hindraf-kerajaan dalam belanjawan tahun depannya," katanya.

Katanya, masih terdapat 31 daripada 32 perkara dalam MoU itu masih belum disentuh.

Menurut Kalay lagi, ini termasuk pembentukan jawatankuasa pemandu pakar (ESC) yang juga masih tertangguh.

Tiada ulasan: