Kebetulan penyandang Ketua Pemuda Umno Kemaman Hisham Zubir habis umur pemuda, jadi saya ada hak untuk menawarkan diri.
KEMAMAN: Ahli perniagaan, Mohd Hazarul Ifdaz Md Rahim (Along) 29, berkata kekosongan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman mendorong beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu kerana beliau rasa mampu memikul amanah tersebut.
Oleh itu tidak timbul isu beliau mencabar sesiapa bagi jawatan tersebut.
“Kebetulan Ketua Pemuda, Hisham Zubir habis umur pemuda, jadi saya ada hak untuk menawarkan diri,” katanya kepada FMT ketika mengulas dakwaan bahawa beliau menentang Fikri Ibrahim (Bulat), 37, bagi jawatan tersebut.
Katanya lagi, Bulat bukan penyandang Ketua Pemuda Bahagian. Justru itu sesiapa sahaja boleh bertanding walaupun beliau tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa pemuda Bahagian.
Bulat yang juga ahli jawatankuasa pemuda Bahagian dikatakan mendapat restu Hisham untuk menentang Along yang dianggap sebagai orang luar.
Along adalah ahli Umno biasa di Cawangan Kampong Banggol pertama kali bertanding dalam pemuda dan terus bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian.
“Jika saya dipilih Ketua Pemuda, saya akan pastikan Pemuda Umno Kemaman dapat bekerjasama dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Kemaman.
Maka tidak akan berlaku seperti sekarang pemuda tidak bergerak sehingga calon DUN Chukai tewas dalam pilihanraya lalu,” katanya.
Beliau adalah anak bekas Naib Ketua Bahagian, Datuk Md Rahim Husin yang pernah bertanding Ketua Pemuda pada tahun 1993 ketika berusia 34 tahun.
Bezanya ayahnya menentang Adun Kijal, Ahmad Said dan penyandang Ketua Pemuda, Nazri Salleh tetapi Along menentang Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kemaman.
Md Rahim bertanding Ketua Pemuda pada usia 34 tahun tetapi anaknya bertanding ketika berusia 29 tahun.
Malah Along pernah mengejutkan perwakilan Kemaman apabila dipilih seorang perwakilan G7 ke Perhimpnan Agung Umno pada tahun 2011 ketika berusia 27 tahun.
Along berjanji beliau tidak akan pilih kasih dan akan melayan semua pemuda sebagai rakannya.
“Kalau saya menang, saya akan mengharmonikan pemuda dan mengerakkan jentera pemuda untuk merampas kembali kerusi DUN Chukai yang kalah dalam pilihanraya umum lalu,” ikrarnya.
Pemerhati politik berkata jika Bulat menang, beliau tidak sempat melaksanakan perancangannya kerana ini adalah penggal terakhir beliau dalam pemuda.
Sebaliknya jika Along menang, beliau ada tiga penggal untuk merancang dan melaksanakan program pemuda Bahagian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan