HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

Mempertahankan Kemenangan DUN Sungai Limau Adalah Satu Tanggungjawab

BULETIN ONLINE


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kembalinya ke rahmatullah Al Marhum di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

Sehubungan itu Pegarah Jabatan Pilihanraya DPPM Mohd Sany Hamzan merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan menegakkan daulah Islamiyyah di dalam negara ini dan mendoakan semoga roh Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia, orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala.

Mohd.-Sany-Hamzan

“Jabatan Pilihanraya DPPM menyifatkan Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya kepimpinan yang berkarismatik, seorang yang berpandangan jauh untuk kebaikan jamaah dan rakyat.

“Semuanya telah dapat dibuktikan dengan kejayaan Al Marhum memandu jentera pilihanraya PAS Negeri Kedah mencipta kejayaan cemerlang memerintah negeri Kedah dengan mengalahkan jentera Barisan Nasional Negeri Kedah. Satu kejayaan yang cukup manis dan gemilang kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan rakyat negeri Kedah,”ujarnya

Justeru menurut beliau, mempertahankan kemenangan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenangi oleh Al Marhum Ustaz Azizan adalah mejadi satu taggungjawab dan pemuda bersiap siaga untuk kerja besar itu.

“Jabatan Pilihanraya DPPM dengan ini juga turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Sungai Limau apabila diumumkan pilihanraya kecil oleh SPR nanti.

“Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihanraya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini,”tegasnya

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengarahkan supaya setiap jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu jentera Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di dalam misi bagi mempertahankan maruah kemenangan PAS di DUN Sungai Limau.

Tiada ulasan: