HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

MP Kapar desak Pusat segerakan pembinaan hospital

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Kapar, Manivanan Gowin menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan hospital di Kapar berikutan jumlah penduduk di parlimen tersebut yang semakin bertambah.

“Selepas sesi pertama perbahasan Dewan Rakyat, saya dimaklumkan kerajaan telah mengenalpasti tapak bersesuaian bagi pembinaan hospital Kapar,” kata Manivanan (gambar) ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, Hospital Tengku Ampuan Rahimah terletak di bandar Klang, agak jauh dari petempatan penduduk yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana
Manivanan.
Dalam jawapan bertulis Menteri Kesihatan 25 September lalu, Manivanan dimaklumkan sebuah tapak hospital seluas 50 ekar telah dikenalpasti di Bukit Raja, Klang.

Manakala sebuah Klinik Kesihatan Kapar yang baru akan dibina Jabatan Kerja Raya dibawah RP3, Rancangan Malaysia Ke-10.

Kapar merupakan kawasan parlimen paling jumlah pengundi di Malaysia, iaitu seramai 144,159 orang.
Manakala semua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kapar dimenangi Pakatan Rakyat, iaitu Meru, Sementa, Sungai Pinang dan Selat Klang.

Ditanya kebimbangan sama ada pembinaan Hospital Kapar menjadi pertimbangan politik kerajaan Pusat berikutan kekalahn BN di semua DUN dan parlimen dikawasan tersebut, Manivanan bertegas kerajaan wajib mengotakan janjinya.

“Kita akan buat susulan dan meneliti secara serius perkembangan pembinaan Hospital Kapar hingga selesai,” katanya.

Tiada ulasan: