HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

Amaran Hindraf: PM jangan kembali ke era Dr M


MALAYSIA KINI
 
 
 
Hindraf, 'musuh' yang bertukar menjadi sekutu pentadbiran, menyuarakan kebimbangan mereka terhadap "kemerosotan" pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "ke era gelap Mahathirisme".

Menggesa perdana menteri supaya sensitif, Penasihat Kebangsaan Persatuan Hindraf Malaysia N Ganesan menyatakan bantahan mereka terhadap pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

"Hindraf memandang serius usaha untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam bentuk yang lain... dan percaya ini langkah terdesak elit pemerintah untuk menutup ketidakcekapan polis dan untuk mempertahankan cengkaman kuasa.

"Apa yang berlaku sebenarnya pengembalian undang-undang zalim ISA," katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: