TERLALU banyak pelawaan daripada pihak media untuk saya menceritakan sedikit sebanyak pengalaman selama lima tahun bertugas dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak (Ustaz).Saya hanya menjawab ringkas: “Tulis sahajalah apa yang nak tulis, jangan yang tak betul sudahlah.”
Saya kira selepas pemergian Ustaz, bolehlah saya ‘rehat’ daripada menjawab panggilan berkaitan Ustaz, tapi semakin banyak pula untuk tujuan yang bermacam.
Ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis pengkebumian Ustaz, saya terima SMS daripada sifu saya di Harakah, Ahmad Lutfi Othman, “kalaulah anta dapat menulis kenang-kenangan Ustaz Azizan..."
Masa yang diberi Lutfi lebih kurang 24 jam dari waktu saya terima SMS. saya jawab; "insya-Allah saya cuba."
Dalam fikiran, apa yang mahu saya tulis? Ustaz, selama saya bertugas dengannya amat tidak suka kisahnya ditulis atau diceritakan.
Masih segar dalam ingatan saya pada hari pertama masuk kerja, Ustaz panggil masuk ke bilik Menteri Besar.
“Hang dah isi borang, bagi semua yang depa (pihak Bahagian Sumber Manusia) mintak?" soal Ustaz.
Saya jawab: "Ya Ustaz, dah isi borang maklumat peribadi, dah bagi semua dah."
Sambung Ustaz lagi, “sapa ganti hang di Harakah? Hang kena tengok-tengok sama, bimbing orang baru tu."
“Tak pa lah, la ni hang kerja sini, aku nak pesan, kalau hang niat nak kerja untuk bantu parti kita, bantu rakyat selesai masalah depa, bantu bagi kerajaan ni jadi elok, hang boleh kerja sini, tapi kalau hang jadi pegawai aku, tapi niat mai sini nak meniaga, nak berkawan dengan tauke, nak jadi kaya, hang boleh berhenti hari ni jugak.”
Bagi saya pesanan itu cukup dalam maknanya, dan menjadi panduan untuk saya menjalankan tugas.
Selepas Harakahdaily menyiarkan berita saya dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Ustaz, ramai yang menghubungi saya. Antara soalan wajib yang ditanya, “hang boleh ka nak kerja dengan Ustaz Azizan, dia cenge, bukan nak dengaq kata orang.”
Kalut juga saya nak fikir semua itu, Ustaz Azizan memang begitu, pernah marah saya, berbulan-bulan juga dia marah sebelum menang jadi kerajaan, bagi saya kalau dia seorang yang pendendam takkanlah dia ambik saya kerja dengan dia.
Antara tugas saya adalah menyediakan teks ucapan untuk Ustaz. Nak dijadikan cerita, majlis Musabaqah Peringkat Kebangsaan diadakan di Jitra, Kedah. Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir sebagai perasmi.
Ustaz cukup teliiti dengan ayat dan perkataan dalam setiap teks ucapan yang saya sediakan untuknya.
Beberapa hari sebelum majlis musabaqah, Ustaz tanya tentang teks ucapan majlis tersebut.
Saya jawab, "tak tulis apa pun lagi Ustaz, lagipun majlis musabaqah, apa saya nak tulis, bukan pandai sangat bab-bab Quran ni Ustaz."
Berkajang saya kena sembur, “tak boleh buat lagu tu, kalau hang tak tulis, aku nak kata apa? Aku lagi tak tau.”
Dalam hati saya, "kena dah aku hari ni, takkanlah dia tu ustaz, boleh pulak dia tak tau nak cakap apa."
Saya sedar, Ustaz mahu saya sediakan teks, untuk majlis yang besar, saya akan siapkan awal dan tunjuk pada Ustaz.
Lazimnya dia akan betulkan dan Ustaz amat teliti dengan penggunaan bahasa, tak suka cincai dan tak suka akan kesalahan sekalipun salah ejaan.
Selang beberapa bulan sebagai Menteri Besar, Ustaz ke Mesir atas suatu urusan dan kemudiannya terus menunaikan umrah. Kami menghantar rombongan itu ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu yang sama ada seorang kawan lamanya datang dan berbual dengannya.
Tiba-tiba Ustaz telefon: “Hang jangan ambik kalau kawan aku tu nak bagi duit, ada ka pulak aku nak pi umrah dia nak bagi RM30,000 beda (untuk) belanja, gila? Belanja apa sampai RM30,000."
Sampai di Kuala Lumpur pun Ustaz telefon lagi saya, tanya sama ada kawannya tadi ada jumpa atau beri duit tu
.
Saya beritahu, "ya ada dia jumpa dan cakap pasal nak bagi duit, tapi saya kata kami tak boleh terima duit tu."
Pendek kata, bekerja dengan Ustaz, kita dapat mengutip pelbagai pengalaman.
Paling getir bagaimana percubaan pihak tertentu yang telah membeli beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Perak.
Dalam sikap ‘cenge’ Ustaz, kadang kala ada juga lucunya.
Kalau dia mula bercerita tentang kisah mudanya, dikaitkan pula dengan nama Syeikh Ismail Kamis (sekarang pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah), memang tak kering gusi kita dengar.
Pernah juga dia tanya harga pakaian yang kita pakai. Disebabkan sudah tahu Ustaz tak suka kita beli apa sahaja benda kalau harganya mahal, kadang-kadang kita kena turunkan harga yang kita nak sebut tu, kalau mahal mesti kena marah.
“Hampa ni tak reti, kalau nak murah, pi beli baju ka seluar ka, di kedai Syarikat Timor di Pekan Simpang Empat tu ... ni baju hat aku pakai ni, hang tau berapa ringgit? Baru RM19.90, hang tengok sikit punya elok ka, Orlando ni,” ceritanya.
Nak ambil hati, saya pun tengok dan pegang baju itu, rupanya Omlando, bukan Orlando, tapi memang kebanyakan bajunya dibeli di kedai itu.
Hinggakan tauke kedai Syarikat Timor itu pun kata, “Dato' jangan beli sinilah, sini baju murah.”
Lima tahun berlalu dengan begitu pantas, Ustaz antara yang paling kerap disebut, dia tak suka hari Khamis, sebab esok Jumaat akan cuti dan dia suka hari Sabtu, sebab Ahad adalah hari bekerja.
Ini menggambarkan betapa Ustaz mahu menaburkan baktinya kepada rakyat Kedah khususnya.
Dan yang paling kerap dia tanya adalah berkenaan anak-anaknya.
“Anak-anak aku mesti marah kat aku, ada yang tak kerja, ada yang tak dak kerja tetap, aku tak ambik depa kerja dengan kerajaan atau GLC.”

BERSAMBUNG
Helmi ialah bekas Setiausaha Akhbar mantan MB Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan