HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 September 2013

Bumbung runtuh T'ganu: 'Di mana ketelusan?'

 


 

Berapa kali bumbung kemudahan awam di Terengganu perlu runtuh sebelum pihak berkuasa bertindak?

NONEPerkara itu disuarakan oleh Anggota Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (kanan), yang berpendapat kerajaan negeri masih tidak mengambil pengajaran daripada kes terdahulu.

Awal pagi semalam, bumbung masjid di Kampung Tebauk, Kuala Nerus dilaporkan runtuh.

Raja Kamarul Bahrin berkata, sejak kes runtuhan pada 2008, belum ada yang diheret ke mahkamah.

"Ia seolah-olah menggalakkan perkara seperti ini berulang kembali. Kita mesti ada ketelusan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam kejadian sekitar 4.00 pagi kelmarin, bumbung dan siling masjid di Kampung Tebauk runtuh melibatkan kira-kira 20 peratus ruang solat terbuka masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid itu, yang mencalar imej negeri sehingga digelar 'Terengganu Darul Runtuh'.

Tiada ulasan: