HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 September 2013

DAP saman Utusan lagi, kali ini kes “Father Augustus”

OLEH DIYANA IBRAHIM










DAP  mengumumkan akan memfailkan tuntutan saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sekali lagi, dan kali ini atas tuduhan yang dilemparkan kepada DAP dan kewujudan "Father Augustus Chen".

Penasihat DAP, Lim Kiat Siang, berkata tuntutan saman fitnah ke atas akhbar itu dilakukan berikutan tuduhan dalam laporan berita disiarkan akhbar itu yang menyatakan beliau memanipulasi undi semasa pemilihan parti pada September tahun lalu.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

 Dalam artikel yang bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?" disiarkan di Utusan pada 18 Ogos tahun ini dan mengaitkan tuduhan itu dengan seseorang yang bernama "Father Augustus Chen".

Dalam writ saman yang dikemukan opeguam Gobind Singh Deo, Lim mendakwa, Utusan tidak mengesahkan maklumat dan hanya bertindak semberono menyiarkan berita itu.

Saman itu memohon ganti rugi am, selain daripada gantirugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah bertulis.

Lim juga menuntut ganti rugi faedah pada kadar masa yang ditentukan mahkamah.

Sebelum ini, Lim menafikan tuduhan tersebut dan mencabar akhbar itu membuktikan kewujudan 'Father Augustus Chen' yang didakwanya tidak wujud.

Tuntutan saman DAP dibuat sehari selepas parti itu menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel melibatkan filem kontroversi Tanda Putera.

Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut.

"Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya.

Tiada ulasan: