HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 September 2013

Kenaikan Harga Rokok Naik Minggu Depan (30 September 2013). Dunhill RM12.00!

   

Kenaikan Harga Rokok


Kerisauan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.
“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.
Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.
Sumber : Bernama Malaysia
Kerisauan yang dilahirkan oleh pihak kerajaan Malaysia memberikan sedikit petanda kepada Berita Semasa bahawa harga rokok akan naik lagi selepas ini. Dan akhirnya berdasarkan semakan Berita Semasa mendapati harga baru rokok akan mula naik bermula minggu depan (30 September 2013).

Senarai Harga Rokok Naik September 2013

Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera di bawah ini :

harga rokok naik

Adakah dengan kenaikan harga rokok akan menyebabkan bilangan perokok tegar akan beransur-ansur turun menjadi perokok pasif pula selepas ini sepertimana harapan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan bahawa kenaikan cukai rokok & harga rokok boleh menyebabkan bilangan perokok tegar (SEPERTI DIKATAKAN DI SINI) ada benarnya? 

Apa kata anda?

Tiada ulasan: