HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 September 2013

Jemaah Haji Malaysia Keempat Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

MSTAR ONLINE
 
 
MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia Shafei Othman, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini malam Sabtu.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, Shafie adalah jemaah keempat yang meninggal dunia akibat serangan jantung di tanah suci.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pukul 9.30 malam ketika berada dalam bilik penginapan di Maktab Disyarah Al Mawadah di sini.

Shafei berasal dari Felda Tenam, Jertih, Terengganu datang ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya Rafidah Mat Husin pada 26 September lepas.

Jenazah Shamsiah diurus oleh TH dan akan dikebumikan selepas solat subuh di tanah perkuburan Syara'ek.
Sebelum ini, tiga jemaah warga emas dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Madinah dan Makkah. - BERNAMA

Tiada ulasan: