Usaha dimulakan dengan melepaskan lebih 600 ekor anak ikan ke dalam sungai tersebut sebagai permulaan tagal.
KINABATANGAN: Selepas enam buah sistem tagal yang dilaksanakan di beberapa buah sungai di daerah Tongod berjaya memberi kesedaran kepada penduduk setempat berhubung pentingnya menjaga hidupan sungai, kini 3 lagi tagal dilancarkan di kampung Langkabong, Tongod. Sistem tagal yang dilancarkan adalah bagi sungai Langkabong, Napagang dan Mananam.
Pelaksanaan tiga sistem tagal di daerah itu yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut, Masiung Banah juga antara bagi menyokong usaha proaktif penduduk kampung di kawasan luar bandar menjadikan sungai antara kawasan terpelihara.
Usaha dimulakan dengan melepaskan lebih 600 ekor anak ikan ke dalam sungai tersebut sebagai permulaan tagal.
Bagi Abdul Amit Pengerusi Tagal Kampung Langkabong berkata, usaha menagal sungai amat baik demi generasi akan datang agar mereka dapat mengetahui serba sedikit mengenai hutan alam kerana kalau tidak dilindungi satu masa akan pupus, tidak dapat diperlihatkan kepada generasi akan datang.
Bagi Lasais Francis, seorang penduduk kampong Langkabong pula berkata, system tagal yang dilaksanakan amat baik supaya ekosistem, ekopelancongan bukan sahaja dapat wujudkan tetapi untuk kesinambungan anak-anak, cucu-cucu masa akan datang supaya dapat melihat hidupan sungai.
Sementara bagi Deeazurnna Lasais seorang belia kampung Langkabong pula mengharapkan agar pihak kerajaan akan memandang serius dengan dapat memberi bantuan system tagal yang diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Tongod.
Sementara itu, Pegawai Penguasa Perikanan Daerah Telupid/Tongod, Charles Francis ketika ditemui wartawan berkata, sistem tagal sejak dilaksanakan secara serius sejak tahun lalu di kawasan Tongod telah memberi impak positif dalam aspek penjagaan hidupan sungai.
“Apa yang kita dapat lihat banyak di kawasan negeri Sabah ini sudah sungai tercemar kawasan pedalaman, terutamanya kawasan air tawar banyak lagi sungai-sungai perlu yang masih kita perlu selamatkan dan salah satu program menyelamatkannya ialah menagal sungai tersebut tetapi melibatkan dua pihak iaitu kerajaan dan masyarakat, katanya di sini”.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah pula berkata, sistem Tagal yang diamalkan di kawasan luar bandar di negeri ini antara salah satu cara menyokong usaha kerajaan menjadi kegiatan pelancongan sebagai industri dan punca pendapatan utama kerajaan.
Bagaimanapun kejayaan sistem yang diamalkan itu bergantung kepada kerjasama dan komitmen pemimpin di peringkat akar umbi dan penduduk kampung terbabit.
Beliau turut berkata, pelancaran sistem tagal ini selaras dengan pelancaran Jom Cari Kawasan Pelancongan Baru di Kuamut bagi mengeksploitasi lebih banyak kawasan menarik yang sesuai dijadikan kawasan eko-pelancongan bermula tahun hadapan.
“Melalui sistem tagal ini kita dapat mendidik khususnya di bawah pemantauan Jabatan Perikanan kita dapat mendidik masyarakat pemeliharaan alam sekitar, sumber-sumber sungai yang ada, jelasnya”.
Antara tagal yang sedang dilaksanakan di DUN Kuamut adalah tagal sungai Entilibon, Simpang Entilibon, Kironggo, Minusuh dan Sanan.
Pada masa sama, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut akan mengadakan Program Jom Cari Produk Pelancongan DUN Kuamut dalam usaha mempromosi kawasan-kawasan menarik di negeri ini.
Usaha itu dilaksanakan selaras usaha kerajaan dalam menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negeri ini.
Setakat ini pejabat DUN Kuamut sudah mengenalpasti kawasan Air Terjun Tuntunon sesuai dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang mampu menarik kehadiran pelancong tempatan sekiranya kawasan tersebut diperindahkan.
“Sebab itu kita harus membantu usaha kerajaan untuk satu kenalpasti pusat-pyusat pelancongan di seluruh negeri Sabah dan kawasan Kuamut tidak terkecuali dan yang kedua kita pada masa sama memohon kerajaan supaya memberi bantuan dalam apa jua yang terdaya untuk bangunkan pusat-pusat pelancongan di Kuamut ini, katanya ketika ditemui media pada majlis itu di sini.”
Menurutnya, ia dilaksanakan melalui aktiviti eko-pelancongan dengan membina kemudahan asas seperti gerai jualan, tandas awam, pondok rehat dan kemudahan rekreasi.
Beliau turut menyuarakan keyakinan lebih banyak kawasan menarik dalam DUN Kuamut berpotensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan berikutan mempunyai hutan yang masih belum diteroka atau dieksploitasi sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan