MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(Spad) akan memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam
sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu juga akan berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan.
"Kadar tambang bagi bas sekolah akan diumumkan tidak lama lagi. Kami mengadakan beberapa mesyuarat dan meneliti beberapa cadangan.
"Kami perlu menimbangkan (kepentingan) orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan Transit Aliran Massa (MRT) 2013 di sini Selasa.
Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tambang bas sebanyak 30 peratus di seluruh negara, sebelum bermulanya sesi persekolahan awal Januari ini.
Terdahulu ketika berucap, beliau berkata projek Klang Valley MRT (KVMRT), yang ketika ini sedang dilaksanakan, berperanan penting sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam di negara ini.
Beliau berkata projek itu amat penting dalam merealisasikan sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara Lembah Klang untuk mencapai 20 tempat teratas pertumbuhan ekonomi dan berada dalam kalangan 20 bandar raya paling berdaya huni terkemuka dunia menjelang 2020.
"Pembangunan jajaran MRT akan turut memacu pembangunan pusat komersial baharu di Pusat Bandaraya KL, misalnya Warisan Merdeka, projek pembangunan Tun Razak Exchange dan Pembangunan Cochrane, selain turut meningkatkan kesalinghubungan ke pusat bandar raya," kata Syed Hamid.
Beliau berkata apabila Fasa I projek Jajaran 1 MRT mula beroperasi pada Januari 2017, disusuli Fasa II pada Julai tahun sama, jumlah penumpang dalam sistem rangkaian kereta api bandar akan meningkat dua kali ganda di wilayah Lembah Klang.
Syed Hamid berkata pada masa ini terdapat kira-kira 600,000 penumpang bagi semua sistem rangkaian kereta api bandar di Lembah Klang.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan