HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 November 2013

91 peratus peruntukan pembangunan berjaya diguna sejak 5 tahun

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI


SHAH ALAM : Kerajaan negeri menjelaskan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion peruntukan digunakan bagi perbelanjaan pembangunan, sejak 2008 hingga 2012.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata 91 peratus peruntukan pembangunan berjaya digunakan sejak lima tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

sidang dun 02 Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan seperti yang dirancang.

Bagaimanapun, terdapat terdapat beberapa jabatan yang tidak mencapai tahap 80 peratus dalam belanja pembangunan.

“Di atas beberapa kekangan antaranya isu berkenaan tanah, utiliti dan sebagainya menyebabkan ada beberapa jabatan tidak mencapai tahap 80 peratus di dalam belanja pembangunan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Dr Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) ketika Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, sebanyak RM65 juta diperuntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun RM45 juta sahaja dibelanjakan membabitkan 69 peratus, pada 2009.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diberikan peruntukan RM123 juta tetapi hanya membelanjakan RM97 juta sahaja iaitu 78 peratus sahaja, manakala, Jabatan Kehakiman dan Syariah (JAKESS) pula RM872,000 dan membelanjakan RM388,740 iaitu 44 peratus, pada 2010.

Jabatan Kerja Raya (JKR) diberi peruntukan RM153 juta dan membelanjakan RM113 juta iaitu 74 peratus dan JAIS juga hanya menggunakan RM66 juta daripada RM110 juta dan JAKESS RM3.1 juta daripada RM12.5 juta, pada 2011.

JAKESS juga hanya membelanjakan RM9.9 juta daripada RM12.5 juta iaitu hanya 79 peratus daripada jumlah peruntukan yang diberikan, pada 2012.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau prestasi perbelanjaan jabatan bagi memastikan sasaran perbelanjaan yang ditetapkan dicapai dan melaksanakan projek yang dirancang.

“Antaranya adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Selangor (JKTNg) dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Pembangunan Negeri yang dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Ia bagi membincangkan isu, masalah dan mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan projek juga program berjalan lancar,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: