HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 November 2013

Bank belum putuskan hari kerja di Johor

 

 

Bank-bank masih belum membincangkan kesan penukaran cuti daripada Ahad kepada Jumaat di Johor.

Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) Chuah Mei Lin berkata, ini kerana pihak bank masih belum pasti sama ada sektor swasta mempunyai pilihan untuk mengekalkan status quo.

"Kami masih dalam perbincangan dengan bank-bank anggota di Johor berkenaan pengumuman itu...," kata Chuah dalam e-mel kepada Malaysiakini.

ABM mewakili Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Maybank, Hong Leong Bank, Standard Chartered, Public Bank, RHB Bank, OCBC Bank, HSBC Bank dan CIMB.

Tiada ulasan: