HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2013

Ali Tinju biadap, bebal dan tak bertamadun – Amir Shaari

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR 30 NOV: Tindakan Presiden Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju untuk mengadakan ‘tarian menonggeng’ di hadapan kediaman Timbalan Presiden KEADILAN disifatkan sebagai perbuatan biadap.

Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, perbuatan itu bukan sahaja melanggar adab dan tatasusila masyarakat Malaysia, bahkan mempamerkan sikap tidak bertamadun.

“Kenyataan Ali tinju itu menunjukkan kebebalannya, biadab dan betapa tidak bertamadunnya orang ini,” ujarnya yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor.

Menurutnya, isu pokok yang dibangkitkan Azmin Ali adalah mengenai salahgunakuasa dan penggunaan kemudahan kerajaan melibatkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Jika Perdana Menteri dan menteri kabinet salahguna kuasa, kita bangkit dan mereka boleh jawab di Parlimen, tapi dalam kes ini Rosmah tidak jawab kerana dia bukan menteri dan bukan juga Ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom mengugut akan mengadakan bantahan kedua dengan tarian menonggeng di hadapan kediaman Azmin bagi mempertahankan isteri perdana menteri.

Ia ekoran pendedahan Azmin terhadap salahlaku Rosmah yang menaiki jet eksekutif ke Qatar dan menghadiri urusan rasmi yang sepatutnya diwakili menteri luar.

Pada 15 Mei tahun lalu, Ali Tinju bersama 15 pengikutnya mengadakan tarian punggung di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga kerana menganjurkan himpunan Bersih yang memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil.

Mengulas lanjut, Amirudin mendesak pemimpin tertinggi perajurit negara mengeluarkan kenyataan segera berhubung kebiadapan tersebut.

“Saya yakin dan percaya perajurit negara amat malu ada orang seperti Ali Tinju ini. Perajurit negara perlu tampil bersuara dan menolak orang sepertinya,” katanya lagi.

Tiada ulasan: