HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 November 2013

Insentif RM 100,000 untuk Pejabat Tanah dan Daerah cemerlang

Oleh : Lizawati Madfa


SHAH ALAM : Kerajaan negeri menyediakan insentif RM100,000 bagi setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang cemerlang dengan hasil kutipan cukai dan premium melebihi 90 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu diberikan sebagai menghargai komitmen dan galakan kepada warga kerja PTD untuk terus meningkatkan pencapaian mereka.

sidang dun 21-11-13 - 2

Katanya, Kerajaan negeri turut menyediakan insentif sama kepada warga kerja Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang cemerlang atas kejayaan sama.

“Saya sudah minta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ketika zaman Barisan Nasional (BN) tetapi masih tidak dilaksanakan dan itu antara sebab kita bekukan lesen pendudukan sementara (TOL).

“Saya akan menyemak semula sama ada nasihat dan arahan ini diterima atau masih terdapat lagi amalan pemberian habuan tanah di luar pengetahuan kerajaan negeri,” katanya.
shuhaimi shafie
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) sama ada kerajaan negeri masih meneruskan tradisi pemberian habuan tanah seluas 0.405 hektar kepada pegawai yang cemerlang seperti diamalkan ketika pentadbiran BN.

Menjawab soalan berasingan, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) menjelaskan pemberian peruntukan pengurusan PTD dilakukan mengikut keperluan jumlah warga kerja.

“Oleh kerana itu, kita memberikan jumlah besar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling sebab mereka mempunyai warga kerja yang besar, berbanding Pejabat Daerah dan Tanah Sepang,” katanya.

Beliau berkata, PTD digalakkan mengaplikasi penggunaan teknologi maklumat secara proaktif bagi meningkatkan produktiviti warga kerja untuk perancangan jangka masa panjang,.

02

Terdahulu, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) bertanya kepada Abdul Khalid berkenaan terdapat perbezaan peruntukan pengurusan di kalangan semua 12 PTD di Selangor.

Katanya, PTD Sepang hanya memperoleh RM9 juta walaupun cemerlang daripada segi kutipan cukai, berbanding PTD Petaling yang diberikan peruntukan tinggi sehingga RM 13 juta.-NFN-

Tiada ulasan: