HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2013

Mana lesap RM460 juta baki Tabung Penyelengaraan 1M’sia?

Sim Tze Tzin

 

Semalam (26 NOvember 2013) dalam perbahasan peringkat jawatankuasa KPKT, salah satu isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat adalah peruntukan TP1M yang sangat kekurangan.

 Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia adalah tabung untuk penyelengaraan pangsapuri rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Sim
Mengikut jawapan menteri, peruntukan untuk tahun 2013 hanya RM40 juta sahaja dan sehingga 31 Ogos 99.99% telah dibelanjakan. Ini amat berbeza dengan pengumuman dana RM500 juta yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2010.

Mengikut jawapan menteri, wang RM500 juta itu adalah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015). Akan tetapi, menteri tidak memberi keterangan bagaimana menggunakan baki wang RM460 juta dalam 2014 dan 2015. Dalam bajet 2014, kekurangan butiran berkenaan TP1M dan kita minta menteri memberi jawapan yang lebih lanjut.

Wilayah – the only winner

Satu lagi masalah yang kita dapati adalah “disproportion” peruntukan besar telah diberikan kepada wilayah persekutuan. Mengikut kajian kami, lebih kurang 74.32 % peruntukan projek penyelengaraan tertumpu di kawasan wilayah persekutuan sahaja. Ini menjadikan wilayah persekutuan “the only winner” dalam TP1M. Negeri-negeri lain semuanya hanya dapat habuan sahaja. Ini amat tidak adil sekali. Pemohon dari negeri lain seolah-olah dipinggirkan.

Bil Negeri Bil Projek % Projek Peruntukan % Peruntukan
1
Johor
13
12.6%
RM4,084,137.83
10.24%
2
Melaka
8
7.8%
RM2,993,985.91
7.50%
3
Perak
13
12.6%
RM1,659,438.00
4.16%
4
Penang
4
3.9%
RM1,391,400.00
3.49%
5
Kedah
1
1.0%
RM118,988.05
0.30%
6
Wilayah
64
62.1%
RM29,650,664.78
74.32%

Total
103

RM39,898,614.57


Saya ingin membangkitkan bahawa sebanyak 119 permohonan dari Pulau Pinang telah dikemukakan kepada kementerian, tetapi malangnya hanya 4 projek sahaja diluluskan iaitu hanya 3%. Dari kawasan parlimen Bayan Baru sebanyak 18 permohonan telah dikemukakan, malangnya tiada satu projek yang diluluskan.

Lagi menakjubkan adalah langsung tiada projek diluluskan di negeri Selangor. Pulau Pinang dan Selangor mempunyai kepadatan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang sangat tinggi.

Maka timbul persoalan, adakah terdapat unsur pilih kasih atau pertimbangan politik dalam pemberian TP1M?

Kesimpulan

Kami menyeru pihak menteri menjelaskan perancangan TP1M pada tahun 2014 dan 2015. Adakah mereka akan membelanjakan baki RM460 juta yang telah diperuntukkan? Berapakah akan dibelanjakan pada tahun hadapan.

Minta menteri juga menjalankan tugas secara professional dan telus dalam pemberian TP1M dan memastikan semua negeri di Malaysia tidak dianak-tirikan.

(*) Sim Tze Tzin Ahli Parlimen Bayan Baru

Tiada ulasan: