HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 November 2013

Penan tak akan dapat pampasan lebih, kata Taib Mahmud

OLEH DESMOND DAVIDSON


















Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar, kiri) bertegas dengan pendiriannya bahawa kerajaan negeri tidak akan memberi lebihan bayaran kepada 100 keluarga kaum Penan yang diminta berpindah untuk projek empangan hidroelektrik Murum.

Mendakwa permintaan bayaran itu terlalu tinggi, Taib berkata kerajaan tidak akan memenuhi permintaan itu yang disifatkannya tidak akan diterima di negara lain.

100 keluarga kaum Penan yang membuat sekatan jalan ke empangan meminta pampasan RM500,000 setiap keluarga sementara kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM15,000 bagi setiap keluarga.

"Permintaan mereka terlalu tinggi. Kerajaan akan terus menolak permintaan itu kerana tidak munasabah," katanya di Dewan Undangan Negeri Sarawak petang ini.

Ketua Menteri itu turut mengecam kaum Penan dengan mendakwa: "Apa yang mereka cuba capai hanyalah publisiti yang mengapi-apikan setelah menerima wang tajaan dari luar Sarawak."

Katanya, mereka yang terjejas dengan pembinaan empangan yang lebih besar di Baram dan Baleh di sepanjang Sungai Rajang, kerajaan akan merangka pelan penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak.

Di Baram, projek itu menyebabkan ribuan penduduk di 33 buah kampung terpaksa dipindahkan.
Empangan berkenaan adalah sebahagian rancangan perindustrian kerajaan yang dirancang di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (Score).

Taib berkata kejayaan Score bergantung kepada kejayaan pemindahan penduduk yang terjejas.
"Saya tidak melupakan perkaitan di antara Score dan penduduk.

"Kerajaan komited dalam isu penempatan semula penduduk kerana rakyat Sarawak terhutang budi kepada penduduk yang terjejas.

"Kami terhutang budi kepada penduduk yang bakal mendapat faedah daripada program pembangunan ini," katanya.

Taib berkata rakyat Sarawak seharusnya berbangga dengan polisi semasa kerana ia barangkali antara yang terbaik di dunia.

Ketua Menteri turut memberitahu Sarawak tidak menyediakan pelan penempatan semula yang baik pada masa lalu berikutan kurang kemampuan.

"Sekarang kita mampu membangunkan hidro. Kita berada di landasan yang betul."

Berhubung isu Perjanjian Malaysia, Taib berkata ia tidak perlu dipersoalkan kerana Sarawak banyak mendapat faedah sejak 50 tahun lalu.

Katanya, rakyat menikmati keamanan dan kemiskinan dapat dikurangkan daripada 60% pada tahun 1960-an kepada hanya 2.4%.

"Taraf hidup di Sarawak telah berubah sejak 50 tahun lalu," katanya. -

Tiada ulasan: