HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 November 2013

Zaid jawab Rashid: Melayu sudah ada kuasa


MALAYSIA KINI
 
 
 
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menolak hujah bekas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Rahman berhubung amalan gerimander (gerrymandering) bagi mengekalkan kuasa Melayu.

Katanya, orang Melayu sudah pun memiliki kuasa dan tidak memerlukan lebih daripada itu lagi.

NONE"Apa yang mereka perlu tahu, bagaimana menggunakan kuasa ini.

"Apa gunanya memiliki kuasa apabila ia mendorong kepada salah guna kuasa?" soalnya.

The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.

"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa BN tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" Abdul Rashid dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: