Nampaknya tindakan kerajaan melalui JPJ
lupus kereta lama lebih 12 tahun ke atas mendapat reaksi yang
meluap-luap dikalangan rakyat Malaysia (DI SINI).
Ada yang bersetuju dan ada juga yang
membantas sekeras-keras hasrat kerajaan yang dilihat mahu melaksanakan
dasar itu secepat mungkin. Bagaimana pula dengan anda? Dan….
Semakan Berita Semasa terhadap ujian
perlanggaran yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia (Miros) baru-baru ini terhadap kereta lama berusia lebih
12 tahun, menunjukkan JPJ & MIROS dilihat bersungguh-sungguh untuk “menghalalkan”
tindakan JPJ lupus kereta 12 tahun ke atas tidak lama lagi bagi
membuktikan kebenaran betapa bahaya kereta lama anda selama ini!
Isu JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Antara Hasil Ujian Yang Dijalankan
- Mendatangkan bahaya kepada pemandu
- Terdedah kepada kerosakan yang disedari pemandu dan pemilik kereta 12 tahun ke atas
- Menyebabkan daya serapan tenaga pelanggaran semakin berkurangan ketika berlakunya pelanggan terutamanya melibatkan kereta-kereta lama
Anda boleh lihat sendiri, JPJ telah
menjalankan ujian & penelitian terhadap Kereta Proton Saga. Kenapa
apa? Proton Saga keluaran tahun 1990 yang diuji pada kelajuan 64
kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap
pemandu dan kenderaan itu. Hasilnya seperti di bawah ini?
JPJ Lupus Kereta 12 Tahun Ke Atas : Gambar Hasil Ujian Pelanggaran
Ujian terhadap kereta Nasional yang
menjadi kebanggaan negara selama ini, iaitu Proton Saga berakhir dengan
keadaan yang agak sadis, selepas ujian pelanggaran dilakukan. Mungkin
selepas ini, JPJ & MIROS boleh melakukan pelbagai ujian yang lebih
menyeluruh iaitu terhadap berdasarkan jenis kereta yang lain, dan
penilaian terhadap jenis kereta yang dijaga oleh pelbagai golongan
pemilik kereta (yang cermat VS kurang cermat daripada aspek
penyelenggaraan & pemanduan kenderaan) dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan kereta Volvo
240,740? Toyota Corona, Toyota Corolla KE70, Daihaitsu G10, G11, Mira
L2, L5, L6, L9, Mini Cooper lama. Bandingkan dengan perodua Kancil,
Kelisa, Kenari. Apa hasil selepas ujian pelanggaran tersebut? Apa respon
balas dan pendapat anda pula? Cadangan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan