Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu bertemu menteri pendidikan selepas penerangan yang diberikan kepada ketua setiausaha kementerian itu berkaitan isu keselamatan di sekolah yang didapati "kurang memuaskan".
Tegasnya, kelemahan ketara pelaksanaan sistem keselamatan berpusat itu perlu diatasi secara serius memandangkan perbelanjaan untuk tujuan yang sama, telah meningkat dalam masa tiga tahun lalu.
"Jumlah ini akan terus meningkat kerana jumlah sekolah juga akan meningkat," katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutnya lagi, perbelanjaan untuk keselamatan sekolah meningkat daripada RM594 juta pada tahun 2010 kepada RM812 juta pada tahun 2012.
Katanya, kebanyakan masalah berhubunga perkara itu adalah berkaitan pelaksanaan dan bukannya polisi itu sendiri.
Nur Jazlan berkata PAC bercadang bersemuka dengan menteri berkenaan pada awal tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan