HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 November 2013

Wong Tack berkhemah di luar HQ Lynas di Sydney


MALAYSIA KINI
 
 
 
Penentang loji penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Pahang telah berkhemah selama empat hari di luar ibupejabat syarikat itu di Sydney dalam usaha untuk memberikan tekanan terhadap pemegang sahamnya.

NONESyarikat itu dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunannya hari
ini dan pemegang sahamnya perlu melewati 16 penunjuk perasaan di luar tempat tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack berkata kumpulannya mahu pemegang saham Lynas dan rakyat Australia mengetahui bahawa 1.2 juta orang telah menandatangani petisyen menentang loji penapisan nadir bumi itu.

"Kami berada di sini di Australia bersama suara lebih satu juta orang untuk memberitahu Lynas bahawa kami akan tutup loji toksiknya," katanya.

NONETambahnya, jika Lynas tidak menutupnya menjelang 29 Jun tahun
depan, maka akan ada protes jalanan besar-besaran di Malaysia.

Wong berkata, jika Lynas tidak berbuat demikian, ia akan menjadi tarikh di mana jutaan rakyat Malaysia akan turun ke jalanan untuk menutup loji toksik itu.

"Inilah mesej yang kami berikan kepada Lynas dan pemegang sahamnya, " katanya.

Tiada ulasan: