HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 November 2013

Menteri Wilayah, datuk bandar mesti letak jawatan, kata Nurul Izzah

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Mereka perlu letak jawatan kerana menimbulkan kekeliruan warga kota, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 November, 2013.Mereka perlu letak jawatan kerana menimbulkan kekeliruan warga kota, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari

























Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib meletakkan jawatan atas kekeliruan warga kota berhubung kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Beliau berkata, ketelusan dan akauntabiliti merupakan isu yang boleh dipersoalkan berhubung kenaikan cukai pintu dengan kenyataan berbeza di antara Tengku Adnan dan timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan Jaganathan selain Ahmad Phesal yang dilihat tidak memberikan penjelasan sebenar.

"Mereka semua mesti letak jawatan. Apa guna ada kementerian atau datuk bandar jika isu ini tidak dapat diselesaikan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nurul Izzah berkata, sehingga ke hari ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih tidak memberikan hujah konkrit mengapa cukai pintu perlu dinaikkan.

Apatah lagi, katanya, apabila sistem pembentungan dan pengurusan sampah diswastakan dan tidak lagi menjadi tanggungjawab DBKL sepenuhnya.

"Saya lihat tiada peningkatan perkhidmatan DBKL. Maka saya minta penjelasan mereka alasan kenaikan berkenaan, " katanya ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan yang sering memohon maaf berhubung kekeliruan dalam pelaksanaan cukai pintu baru.

Tengku Adnan semalam memohon maaf kepada warga kota berhubung kekeliruan warga kota berkaitan kenaikan kadar cukai pintu.

Katanya, pengumuman cukai pintu sepatutnya boleh dilakukan dengan cara baik jika surat pemberitahuan dihantar terlebih dahulu berbanding notis yang mengundang rasa tidak puas hati sekaligus memberi ruang kepada pembangkang memainkan isu tersebut.

Nurul Izzah berkata, DBKL seharusnya memaklumkan kepada pemilik hartanah setahun lebih awal sebelum memulakan kajian bagi menaikkan kadar cukai pintu berbanding tampil dengan notis yang mengejutkan.

"Datuk bandar seharusnya merancang setahun lebih awal dan mengenal pasti keperluan untuk memaklumkan kepada pemilik hartanah berhubung kenaikan cukai itu.

"Apa yang mengejutkan adalah penduduk menerima notis pada bulan ini memaklumkan kenaikan akan berlaku bermula Januari," katanya.

Naib Presiden PKR itu berkata, meskipun Tengku Adnan mengakui kesilapannya, kadar cukai pintu tetap akan dinaikkan tahun depan.

Tiada ulasan: