Dalam laporan Astro Awani, editor majalah siaran tersebut Zan Azlee Zainal Abidin telah dikenalpasti sebagai saudara wanita tersebut.
Dalam satu temubual pada Selasa, Zan berkata, tiada siapa dalam keluarganya menjangkakan wanita warga Malaysia yang diselamatkan itu adalah ibu kepada sepupunya yang hilang sejak 30 tahun lalu.
Zan berkata, laporan bahawa Aishah adalah antara wanita yang menjadi mangsa perhambaan di London tidak pernah terlintas di fikirannya.
Katanya, ketika Aishah berada ke London, kebanyakan ahli saudaranya termasuk datuknya pergi ke sana untuk memujuk Aishah supaya pulang tetapi dia enggan.
Menurut Zan, kali terakhir Aishah berhubung dengan keluarganya adalah pada 1980.
Zan berkata, penglibatan Aishah dalam politik amat mengejutkan keluarga itu.
Tambahnya, ahli keluarganya kini berada dalam keadaan sedih dan berharap agar wanita yang diselamatkan itu bukan Aishah.
Zan memberitahu The Star Online, bahawa ahli keluarganya tidak boleh 100 peratus yakin kerana ia akan mengecewakan mereka sekiranya wanita tersebut adalah orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan