HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 November 2013

Kenyataan PALSU, Speaker digesa bertindak

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyegerakan tindakan ke atas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung pelaksanaan kenaikan cukai pintu hartanah di ibu kota.

Menurut ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, kenyataan menteri dan timbalan menteri terbabit bercanggah sambil mempersoalkan sama ada kerajaan akan menaikkan atau menangguhkan pelaksanaan cukai taksiran baru itu.

"Kita hairan bagaimana Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan media hari ini cukai taksiran itu tetap dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

"Sebenarnya yang boleh membuat keputusan itu hanya Datuk Bandar dan bukan menteri atau timbalannya. Jika mereka tidak tahu, baik tutup mulut sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang membetulkan kenyataan timbalannya, Datuk J Loga Balan Mohan bahawa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari depan.

Kata beliau, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan warga kota.

“Kita boleh tangguh. Tapi bila kadar itu naik, tetap dinaikkan. Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaan kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Bulan 12 mula dengar. Mungkin cukai baru dikenakan dalam Januari. Kami kena ikut akta. Kami tidak buat apa-apa 21 tahun lalu.

“Apa yang saya lakukan adalah membetulkan nilai sebenar untuk rakyat dan berlaku adil kepada DBKL,” katanya selepas merasmikan jambatan yang menghubungkan Segambut dan Mont Kiara hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat memutuskan untuk menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai taksiran di Kuala Lumpur berikutan bantahan daripada ahli Parlimen dan pemilik bangunan di ibu negara. - Sinar Harian

Tiada ulasan: