HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 November 2013

ADUN Pulau Pinang bakal dapat kenaikan gaji lebih 80%

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang dijangka menerima kenaikan gaji dan elaun melebihi 80 peratus yang dijangka diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng minggu depan.Difahamkan kenaikan gaji akan diumumkan Guan Eng pada mesyuarat DUN, 17 Disember ini.

Jika pindaan itu diluluskan semua elaun 40 ADUN akan meningkat daripada RM4,112 kepada RM6,000.


Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui ketika sidang DUN berhenti rehat sebentar tadi, enggan mengulas perkara itu dan menjelaskan ia masih dalam status embargo.

Sementara itu, dalam isu kenaikan ini dianggap adalah melampau untuk gaji menteri besar, EXCO, speaker, timbalan speaker dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor memperlihatkan ‘pengorbanan untuk rakyat’ dilaungkan pembangkang hanya lakonan, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.


Beliau berkata, ternyata kata-kata pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini bahawa mereka pemimpin rakyat yang sejati, tidak perlu ganjaran dan habuan hanyalah ‘omong kosong’ untuk memperdaya rakyat.

Tiada ulasan: