MALAYSIA KINI
Kumpulan
pendesak Melayu PERKASA menggesa bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis berhubung isu
Batu Puteh melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Mat Zain perlu berbuat demikian kerana pendedahan bekas pegawai kanan polis itu "amat serius" apatah lagi melibatkan kepentingan dan maruah negara serta integriti Abdul Gani sendiri.
"Persoalannya kenapa Datuk Mat Zain sendiri tidak buat laporan polis. Kalau sedia buat SD (akuan bersumpah), apa susah sangat untuk buat laporan polis.
"Sama ada betul atau tidak tuduhan Datuk Mat Zain, tidak ada siapa dapat sahkan atau (berbaur) fitnah. Maka, cara terbaik Datuk Mat Zain kena berjawab dengan membuat laporan polis," kata Ibrahim.
Mat Zain sebelum ini membuat akuan bersumpah mengandungi dakwaan salah laku Gani dalam mengendalikan kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan dalam akuan bersumpah itu tidak disiasat kerana tiada laporan polis diterima.
Namun Mat Zain dalam kenyataan balasnya pula berpendapat laporan polis tidak diperlukan untuk membolehkan kertas siasatan dibuka kerana akuan bersumpahnya sudah mencukupi.
Dakwanya lagi, beliau juga turut menyerahkan salinan akuan bersumpah itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim bagaimana pun senada dengan Mat Zain menggesa kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kekalahan kes tersebut.
"Kerajaan pula wajar tubuh suruhanjaya diraja menyiasat kekalahan kes Batu Puteh dan buat rayuan segera ke ICJ," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan