HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 November 2013

Kakak Siti Aishah tiba di London, mengatur bertemunya

MALAYSIA KINI
 
 
 
Kakak Siti Aishah Abdul Wahab, wanita Malaysia yang dilaporkan melarikan diri selepas 30 tahun menjadi hamba, telah tiba di London dan sedang mengatur untuk menemui Siti Aishah.

"Kami masih tidak tahu sama ada Aishah mahu bertemu dengan
kami," kata aktivis Hishamuddin Rais dalam blognya yang dimuat naik pada jam 4.19 petang waktu Malaysia.

NONEHishamuddin (kanan) mengiringi kakak Aishah - Kamar Mautum Abdul Wahab - berkata maklumat lanjut akan disediakan kepada media.

Bagaimanapun, beliau merayu supaya media tidak "tidak terlalu sibuk sangat", kerana ini boleh mengganggu rancangan Kamar Mautum untuk bertemu dengan adiknya itu.

Hishammuddin adalah seorang aktivis pelajar yang tinggal dalam buangan di London pada tahun 1970-an, dan mengenali Siti Aishah.

Kedua-dua berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, manakala Siti Aishah yang menerima biasiswa untuk belajar di London, juga aktif dalam pergerakan pelajar.

Hishammuddin dan Kamar Mautum bertolak ke London malam tadi dan tiba kira-kira jam 1.30 petang waktu Malaysia (5.30 pagi waktu London).

Sementara itu, BBC melaporkan bahawa seorang jiran, Charlotte Watts, berkata seorang daripada tiga wanita ditahan di rumah Brixton, berdiri di hadapan tingkap selama "berjam-jam", sambil memegang nota, tetapi tidak dapat difahami.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa wanita itu pernah dilihat di luar rumah tetapi hanya berdiam diri.

Media British melaporkan bahawa tiga wanita - Siti Aishah, 69, rakyat Ireland Josephone Herivela, 57, dan Rosie Davis, 30 - didakwa diperhambakan oleh rakyat India Aravinda Balakrishnan dan isterinya Chandra.

Sebuah video dokumentari pada 1997 mengenai inkues kematian Sian Davies menunjukkan wanita berkenaan berjalan di belakang Balakrishnan dan Siti Aishah menolak kereta roda Chandra.

Tiada ulasan: