HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 November 2013

Bekas bos SPR akui amalan gerimander?


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ucapan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Rahman dalam acara PERKASA semalam dianggap pengakuan terhadap amalan gerimander (gerrymandering) selama lapan tahun pentadbirannya dalam badan itu.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dalam siri tulisan di Twitter berkata, Abdul Rashid mengakui perkara itu dengan berkata, tiga persempadanan semula dilakukan untuk mengekalkan kuasa Melayu.

tedx petaling street talk 261013 ambiga"Bekas pengerusi SPR sertai PERKASA itu satu perkara. Lebih penting lagi pengakuannya berhubung gerimander.

"Sebahagian persempadanan semula untuk menentang PAS. Bagaimana ini dikatakan demi Melayu? Nampaknya seperti menyebelahi parti yang berkuasa," tulis Ambiga.

Abdul Rashid menjadi pengerusi SPR dari tahun 2000 hingga 2008. Beliau sebelum itu menjadi timbalan pengerusi suruhanjaya itu.

The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.

"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa BN tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" Abdul Rashid dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: