HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 April 2014

Bolehkah Obama memberi impak sebenar kepada Malaysia?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Gambaran besar tentang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia lebih kepada kepentingan negara masing-masing, kedua-dua belah dengan perkara yang diharap dapat dibentangkan semasa lawatan. – Gambar Reuters, 26 April, 2014. Gambaran besar tentang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia lebih kepada kepentingan negara masing-masing, kedua-dua belah dengan perkara yang diharap dapat dibentangkan semasa lawatan. – Gambar Reuters. 


Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang hangat diperkatakan minggu ini diharap akan mempersembahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Namun itu bukanlah gambaran penuh tentang lawatan ini.

Bahagian penting lawatan itu bukan hanya peluang presiden AS itu bergambar dengan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, atau kekagumannya kepada Masjid Negara.

Bahagian pentingnya berlaku jauh daripada mata umum apabila pegawai kanan AS dan pegawai Malaysia bertukar polisi atas kepentingan kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, lawatan Obama membuka peluang untuk membentangkan dan mengakui pecahan etnik dan agama yang memecahbelahkan rakyat Malaysia sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

Jika Obama dan pentadbirannya memilih untuk mengendahkan perpecahan tersebut, ia akan membuka jalan kepada gerakan ekstremis Malaysia untuk terus memecah belahkan negara.

Kebanyakan pakar hubungan antarabangsa bersetuju bahawa lawatan diplomatik yang dilihat penting secara asasnya kepada kepentingan domestik negara masing-masing.

Lebih-lebih lagi jika 'superpower' utama dunia memutuskan untuk melawat negara pertengahan seperti Malaysia.

"Malaysia merupakan sekutu ringan AS," kata pensyarah pengajian antarabangsa dan strategik Universiti Malaya, Dr Balakrishnan RK Suppiah, membandingkan Filipina dan Singapura.

Kedua-dua negara tersebut lebih penting kepada AS. AS mempunyai perjanjian dan pangkalan tentera di setiap negara, melawat dua negara ini sepatutnya keutamaan lebih besar kepada mana-mana presiden AS.

Balakrishnan yang mengatakan lawatan Obama merupakan hasil daripada usaha gigih Najib yang bersungguh-sungguh menjalinkan hubungan lebih rapat dengan AS selepas pengabaian daripada perdana menteri terdahulu.

"Pada semua aspek, dari segi ekonomi dan politik, ianya sesuatu yang positif untuk Malaysia, tetapi lebih kepada kedudukan Najib," kata Balakrishnan.

Selain daripada menjadi sesuatu untuk dibanggakan Najib, Malaysia juga sedang meninjau kemungkinan bantuan AS dalam kempennya untuk mendapatkan tempat antara lima kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara yang bertujuan mengambil kerusi tidak tetap itu perlu dilantik dalam Perhimpunan Agung PBB.

Kerusi tersebut selalunya diperuntukkan mengikut kawasan, dengan satu kerusi untuk Asia Pasifik.
Menurut laporan The Star yang memetik Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia sedang menyasarkan untuk mendapatkan kerusi Asia Pasifik.

Pentadbiran Obama pula dijangkakan akan memberi tekanan tambahan untuk mendapatkan Malaysia terlibat dalam perjanjian kontroversi, Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perundingan antara AS dan Malaysia (dan beberapa lagi negara) terbantut sejak lewat tahun lepas selepas Malaysia tidak setuju dengan beberapa bahagian perjanjian tersebut seperti kaitan dengan perolehan kerajaan dan harta intelek.

Tiada siapa yang menjangkakan TPPA akan ditandatangani minggu ini juga, tetapi Obama nampaknya boleh mempengaruhi Najib tentangnya.

"Obama berharap untuk membina momentum (menjelang lawatannya ke Malaysia) jika beliau dapat meyakinkan Jepun," kata ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mengikuti perundingan TPPA.
"Jika beliau dapat menyakinkan Jepun, ia akan dapat memberi tekanan kepada Malaysia."

Menurut laporan laman berita AS The Huffington Post, TPPA merupakan cabang penting dalam polisi Asia Pasifik Obama dan agenda perdagangannya yang lebih besar, termasuklah perjanjian perdagangan yang serupa dengan negara Eropah Barat.

"Kelayakan Obama akan meningkat jika beliau dapat menjalankan TPPA sekali lagi," kata Santiago yang juga merupakan pakar ekonomi.

Dalam keadaannya kini, TPPA mungkin membawa lebih masalah daripada penyelesaian, menurut gabungan kumpulan perdangangan dan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.

Pada 24 April, laporan The Huffington Post juga mengatakan beberapa kumpulan perdagangan AS, pemulihara alam sekitar, kesatuan sekerja dan sebahagian besar rakyat AS menentangnya.

Namun, jika AS tidak dapat menawarkan perdangangan yang lebih signifikan, ia masih dapat menawarkan kesahihan politik.

Bukan sahaja untuk Najib, tetapi juga bagi kumpulan tempatan yang berharap AS dapat memberi bantuan dan bersuara tentang keadaan tegang antara komuniti yang semakin teruk, dan kebebasan sivil di bawah perdana menteri.

Menurut ahli Majlis Peguam Andrew Khoo, ini termasuk dasar yang melarang penganut Kristian daripada menggunakan perkataan Allah dan badan yang menganiaya penganut Islam Syiah.

"(Presiden Obama) sepatutnya bersuara tentang keadaan hak kemanusiaan dan keadaan Malaysia yang menyeru persefahaman tentang kebebasan hak sivil," tulis Khoo dalam The Wall Street Journal.

Menurut laporan AFP semalam, Obama dijadualkan untuk bertemu dengan wakil daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), kumpulan Islam sederhana, majlis gereja dan  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Para aktivis berharap pertemuan tersebut akan meyakinkan AS untuk memberi tekanan kepada pentadbiran Najib supaya mengakui dan menyelesaikan isu-isu berkenaan.

"Presiden Obama perlu bijak menggunakan penampilan awam serta kenyataannya untuk menunjukkan beliau menaruh minat dengan apa yang berlaku di Malaysia.

"Juga untuk menyuarakan apa yang rakyat Malaysia tidak dapat suarakan. Cara biasa untuk kesederhanaan tidak lagi dapat menutup peningkatan ekstremis dan penindasan," tulis Khoo.

Jika itu berlaku, lawatan Obama benar-benar boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Jika tidak, bermakna kerajaan memerintah Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan daripada antara pelindung hak asasi manusia yang paling lantang dunia.

Sokongan yang membolehkan pentadbiran BN terus-menerus mengabaikan penindasan dalam negara sementara menampilkan diri di luar negara sebagai peneraju negara Islam demokratik yang sederhana.

Itulah yang tidak akan menjadi positif, tidak kira untuk pihak Malaysia ataupun AS.

Tiada ulasan: