HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 April 2014

Cukai GST (Majoriti Rakyat Malaysia) VS Cukai Capital Gain Tax, Windfall Tax & Super Rich Tax (Taikun & Kelompok Maha Kaya)? Setuju @ Tidak?

 

Cukai Kaya Malaysia


Cukai GST (Majoriti Rakyat Malaysia) VS Cukai Capital Gain Tax, Windfall Tax & Super Rich Tax : Semua sedia maklum, bermula tahun hadapan Malaysia memerlukan suatu cukai baru untuk membolehkan negara menjana satu lagi pendapatan untuk kantung negara iaitu apa yang dipanggil GST.

Dan suka atau tidak, bersedia atau tidak rakyat malaysia perlu menghadapi dan merasai bahagangnya bermula 1 Mei 2015. Yang mana GST akan mengenakan cukai kepada seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya…..

Persoalan yang ingin Berita Semasa timbulkan di sini adalah mengapa kerajaan Malaysia mengabaikan potensi untuk “merompak @ mengenakan cukai tambahan” kepada kelompok taikun dan orang terkaya terlebih dahulu sebelum mengenakan cukai GST kepada majoriti rakyat Malaysia melalui keadah GST yang rata-ratanya pastinya rakyat marhaen yang berpendapatan serdahana dan berpendapatan rendah. Mengapa?

Mengapa saban kali topik GST dikemukakan kepada rakyat Malaysia melalui iklan yang bertalu-talu disogokkan kepada rakyat Malaysia antara ayat popular yang kedengaran ialah :
Yang diulang berkali-kali, ada 162 negara di seluruh dunia yanag melaksanakan GST. Daripada negara Vietnam, Laos semua buat GST. Mengapa tidak Malaysia? Kata…….
Ok. Baik. Jikalau atas nama alasan banyak negara sudah melaksanakan GST, maka Malaysia mesti juga mempunyai GST (KLIK SINI). Jadi Berita Semasa ingin memulangkan persoalan di bawah ini, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan alasan yang sama apabila negara-negara lain melaksanakan 3 cukai untuk kelompok taikun dan kaya-raya di Malaysia.
  • Cukai tambahan untuk majoriti rakyat Malaysia : GST
  • Cukai untuk kelompok maha kaya di Malaysia : Ada atau tidak?

Senarai Cukai Untuk Kelompok Kaya di Malaysia Yang Boleh Kerajaan Malaysia Buat?

Di bawah ini Berita Semasa senarai 3 cukai yang sesuai sangat dikenakan kepada kelompok kaya yang begitu senang lenang mengaut kekayaan “cara mudah” tetapi terlepas di Malaysia bayaran cukai seperti mana yang sedang dilaksanakan di beberapa negara lain

1) Capital Gain Tax (Cukai Keuntungan Modal)

  • Di negara lain, ada satu cukai apabila harta yang dimiliki itu naik mendadak yang memberikan keuntungan kepada si empunya badan. Contohnya, si empunya tidak bekerja, tidak bergaji tetapi mempunyai satu tanah yang cukup mahal & bernilai yang mana berlaku kenaikan mendadak daripada nilai RM1 juta kepada RM10 juta. Di negara lain tuan-tuan, puan-puan, pembaca Berita Semasa sekalian disebabkan hanya orang kaya sahaja yang memiliki hartanah bernilai sebegini rupa, mereka dikenakan cukai
  • Contoh seterusnya, saham. Nilai saham daripada RM3 seunit, tiba-tiba melonjak naik kepada RM10 seunit. Di negara lain, jika situasi ini berlaku disebabkan si empunya badan dapat untung, dan juga kalangan kelompok kaya yang biasanya ada saham besar mereka-mereka ini akan dikenakan cukai tetapi bukan di Malaysia. Indah bukan kehidupan kelompok kaya di Malaysia? Yang kaya bertambah kaya. Cukai inilah juga dinamakan Capital Gain Tax (Cukai Keuntungan Modal). Jelas?
  • Di Malaysia, kelompok kaya yang memiliki saham bernilai ratus juga & berbilion ringgit sehingga berjaya membuat untung berpuluh juta setiap bulan. Ada mereka bayar cukai? Tidakkkk…..mereka tidak membayar cukai atas keuntungan sahama tersebut

2) Windfall Tax (Cukai Durian Runtuh)

  • Cukai Windfall tax biasanya dikenakan kepada syarikat & kegiatan ekonomi yang monopoli
  • Ada atau tidak cukai seumpama ini di Malaysia? Tidak sama sekali
  • Ada atau tidak syarikat dan kegiatan ekonomi yang monopoli? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda untuk dijawab…
  • Monopoli ini maksudnya ialah kita mesti beli dengan syarikat taikun kaya ini sebab tiada pilihan. Jadi mahu atau tidak, walaupun servisnya sangat mengecewakan ditambah pula harga serta cajnya membebankan, pengguna terpaksa membelinya walaupun harga dinaikkan.
  • Malaysia? Astro? Ya…jikalau di negara lain terdapat syarikat yang monopoli & mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerajaan akan mengenakan Windfall Tax (Cukai Durian Runtuh). Tetapi malangnya cukai seumpama ini tidak dikenakan di Malaysia.
  • Indahnya corak perniagaan taikun kaya di Malaysia

3) Super Rich Tax (Cukai Untuk Maha Kaya)

  • Nah…inilah dia cukai yang terakhir yang dikenakan kepada kelompok maha kaya di negara lain. Di negara lain, jikalau seseorang itu mempunyai kekayaan ratus-ratus juta, kekayaan berbilion, pendapatannya mencecah berjuta-juta setiap bulan, kadar cukai yang perlu mereka bayar tidak sama malah lebih tinggi dengan rakyat biasa yang dikenakan cukai.
  • Sekali lagi cukai seperti ini Super Rich Tax (Cukai Untuk Maha Kaya) tiada di Malaysia
  • Mengapa dan kenapa kelompok 20 terkaya di Malaysia yang mempunyai empayar perniagaan yang cukup besar hanya membayar cukai yang sama dengan rakyat marhaen di Malaysia iaitu pada kadar tertinggi 24%. Sama sahaja? Patutkah?
Berita Semasa termenung tertanta-tanya & berfikir seketika mengapa ketiga-tiga cukai di atas begitu sukar untuk menjadi realiti dan sudah untuk dilaksanakan di Malaysia. Mengapa?
GST ini, jikalau sebelum ini hanya 1.37 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai (kerana banyak ini sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai gaji & pendapatan yang melepasi tahap untuk dikenakan cukai). Selepas ini, setiap rakyat Malaysia perlu membayar cukai.
  1. Kanak-kanak bersekolah? Bayar cukai
  2. Pengangur? Bayar cukai
  3. Pak cik-pakcik pencen? Ha….Bayar cukai
  4. Lelaki, perempuan, tua, muda, miskin, kaya? Bayar cukai
P/S : Nasihat Berita Semasa untuk kesejahteraan dan kelangsungan pendapatan negara pada masa akan datang atas nama keadilan kepada majoriti rakyat marhaen. Jia benar mahu mengutip cukai GST 6%, diharapkan kerajaan Malaysia tidak terlepas pandang dan membiarkan taikun dan kelompok kaya di Malaysia “terus berkeliaran” memunggah kekayaan mereka tanpa dikenakan cukai yang sepatutnya ke atas mereka.

Tiada ulasan: