HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 April 2014

Najib berbohong tentang kes Anwar di sidang media Obama

KEADILAN DAILY

obama_najib_ 
KUALA LUMPUR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.

“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara

“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.

Justeru kata Surendran, penafian tersebut adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana Najib sendiri dikaitkan apabila dia secara peribadi bertemu saksi utama kes, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku.

“Kalau ia aduan seseorang yang tidak melibatkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden?

“Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib mengenai pertemuan jahat ini,” kata Surendran.

Rambahnya, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas oleh pemerintah dan organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan keatas Anwar dan secara hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa.

“Kenyataan Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan Presiden AS yang melawat negara ini,” tegas Surendran.

Tiada ulasan: