MALAYSIAKINI
dikemaskini Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya
menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam
penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal
berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan
demokrasi.
Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat
pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama
membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari
awal pentadbirannya.
Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di
akhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .
Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan
terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan
yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.
Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil
masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan
raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.
Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di
parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau
Pinang, Selangor dan Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan