HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 April 2014

Tahanan Lokap Mati Dalam Perjalanan Ke Hospital

MSTAR ONLINE
 
 

Gambar Hiasan
 
 
GEORGE TOWN: Seorang tahanan lokap di Balai Polis Bayan Lepas dekat sini yang mengadu sakit perut, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Lai Fah Hin berkata, lelaki berusia 56 tahun yang ditahan pada 22 April lalu di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar atas kesalahan dadah itu disahkan mati pada pukul 8.45 malam.

Lelaki itu mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kesalahan dadah dan keputusan bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada ulser gaster," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata, lelaki terbabit merupakan penagih dadah tegar dan mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Balik Pulau sehingga 5 Mei ini untuk membantu siasatan mengenai aktiviti pengedaran dadah di sekitar Teluk Kumbar.

Tiada ulasan: