HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 April 2014

Anwar cadang AS libatkan pembangkang, NGO dalam jalin kerjasama

KEADILAN DAILY

DSAI 


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Amerika Syarikat menubuhkan kumpulan kerja berhubung isu pentadbiran dan hak asasi manusia dan melibatkan parti pembangkang bersama masyarakat madani di negara ini sebagai satu cara mempererat jalinan kerjasama.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengadakan pertemuan dengan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice, hari ini.

Kata Anwar, adalah penting bagi penerokaan kerjasama dua hala menjadi acuan dalam kerangka yang turut melibatkan negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam.

Di negara-negara tersebut kata Anwar, kerjasama benar-benar komprehensif meliputi sektor kewangan, keselamatan, pendidikan, alam sekitar, isu hak asasi, tatakelola kerajaan yang baik dan demokrasi.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan peri pentingnya ketelusan dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

Kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, beliau tidak menolak peranan Malaysia sebagai negara perdagangan bagi menarik pelabur langsung asing (FDI)

Namun, ketelusan maklumat adalah penting terutamanya berhubung syarat-syarat perjanjian berkaitan sektor pertanian, fermaseutikal yang kompleks dan bakal dihadapi syarikat Malaysia.

Anwar turut memaklumkan kepada Susan bahawa usaha dan pandangan-pandangan Pakatan Rakyat sebelum ini berhubung isu tersebut kepada kerajaan Pusat telah ditolak.

Pada pertemuan tersebut, Susan turut meminta input strategi bagi meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan AS dan mencadangkan perbincangan telus dalam rundingan TPPA.

Tiada ulasan: