Pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat Susan Rice bahawa pembangkang dihalang menggantikan kerajaan BN sekalipun menguasai undi popular pada pilihan raya umum Mei lalu.
"Parti kami menang undi popular. Kami sepatutnya parti yang mentadbir (negara ini).
"Selama mana tiada pembaharuan pilihan raya, kami begitu ambil berat dengan hala tuju demokrasi di Malaysia," kata Lim kepada pemberita apabila ditanya mengenai pertemuan Amerika dengan pemimpin Pakatan selama 45 minit pagi ini di Kuala Lumpur.
Lim berkata sebagai maklum balas, Rice mengambil maklum dan mengesahkan semula mesej teras Presiden Barack Obama semasa lawatan hujung minggu bahawa Malaysia perlu berusaha menjadi masyarakat inklusif dan tidak memijak hak minoriti di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan