HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 April 2014

Calon tarik diri isytihar sokong Saifuddin

MALAYSIAKINI


 


Datuk K Ramachandran yang menarik diri dari persaingan timbalan presiden PKR menjelaskan, beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan tingkah laku calon lain yang didakwa ghairah berkempen hingga “melupakan penderitaan” Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun beliau mengisytiharkan menyokong calon pencabar Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa satu-satunya yang mempertahankan Anwar dalam siri ceramah Reformasi 2.0.

"Masalahnya apa yang saya nampak ialah calon yang berkempen terlalu ghairah dan dia tidak memikirkan masa depan parti," kata beliau dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Selain Saifuddin, calon timbalan presiden lain ialah penyandang Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Ramachandran enggan menyatakan contoh kempen Azmin dan Khalid yang didakwanya melupakan masa depan parti itu.

Sebaliknya beliau menyeru semua ahli termasuk kaum India untuk sama-sama menggembleng tenaga menyokong Saifuddin.

"Kepada anggota parti dari kaum India,jangan amalkan slogan kempen anggota India pilih India sahaja.

“Kita mestilah membuka ruang kepada semua kaum kerana kita memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita," kata beliau.

Tiada ulasan: