HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 April 2014

K'jaan M'sia adil pada semua, kata Zahid

MALAYSIAKINI



 


Orang bukan Islam di negara ini diberikan peluang yang sama seperti orang Islam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini.

Mengulas kenyataan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika berkunjung ke Malaysia hujung minggu lalu bahawa orang bukan Islam mesti diberi peluang yang sama dalam usaha negara ini untuk maju, Zahid berkata kerajaan telah bertindak "adil kepada semua agama".

"Saya tidak fikir terdapat halangan kepada sesiapa sahaja untuk mempraktikkan agama mereka.

"Kamu perlu menghormati agama lain, sebelum mereka memberi penghormatan kepada kita," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan bengkel mengenai pemerdagangan manusia.

Tiada ulasan: