HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 April 2014

TPPA agenda Obama jajah ekonomi Malaysia

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR : Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

TPPA 2Jurucakap bantah TPPA, Azlan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat.

“Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini.

“Hari ini kita buat bantahan untuk beri amaran pada kerajaan supaya jangan ikut telunjuk Obama. Kita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan harus fikirkan  rakyat dahulu sebelum bertindak,” katanya ketika flashmob membantah TPPA di hadapan kompleks membeli belah Sogo,  semalam

Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini.

TPPA 1TPPA katanya memberi banyak kesan buruk kepada rakyat termasuk monopoli ke atas ubat-ubatan yang menyebabkan kos rawatan kesihatan menjadi mahal.

“Kami bantah TPPA dan berpegang teguh bahawa TPPA ini perlu ditolak jika kita mahu pastikan harga ubat ini dan kos rawatan terkawal.

“Kalau ubat mahal, macam mana dengan orang miskin yang mahukan rawatan? Macam mana mereka nak beli ubat, di sini perlunya tindakan rasional dari kerajaan.

“Walaupun perjanjian ini belum ditandatangani tetapi langkah awal perlu dibuat, jangan makan pujuk rayu Obama,” ujarnya.

Flashmob tersebut diadakan dengan menampilkan ‘zombie-walk’,  yang membawa mesej  terhadap kesan TPPA yang dianggap sebagai perjanjian penuh rahsia dari AS.

“Kita mahu orang ramai tahu mengenai hal ini, supaya mereka faham bantahan yang kita adakan. Ini perkara serius yang boleh jatuhkan ekonomi negara kita,” jelasnya

Tiada ulasan: