HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 April 2014

Kapasiti empangan terus catat peningkatan

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM,: Enam daripada tujuh empangan di Selangor terus mencatat peningkatan positif dengan Empangan Klang Gates mencatat peningkatan sehingga empat peratus dalam tempoh seminggu.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus bekalan ke kawasan Lembah Klang kini turut mencecah kapasiti 40.08 peratus.

Katanya, walaupun peningkatan dicatatkan kecil tetapi hujan di hilir menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan air daripada empangan.

yunus“Sejumlah 53,100 juta liter baki aliran yang direkodkan di Baraj Bestari Jaya sepanjang bulan April sehingga ke hari ini.

“Secara puratanya 1,966 juta liter sehari (JLH) baki aliran di Sungai Selangor setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas berkenaan status semasa kapasiti empangan yang turut disertai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat.

Pada 22 April lalu, Empangan Klang Gates mencatat paras takungan 13.74 juta meter padu bersamaan 54.24 peratus, manakala hari ini paras takungan meningkat kepada 14.82 juta meter padu (58.49 peratus).

empangan  air lembah kelangSementara itu, Empangan Sungai Selangor pula meningkat kepada 92.19 juta meter padu (40.08 peratus) berbanding hanya 89.46 juta meter padu (38.90 peratus) pada minggu lalu.

Turut mencatat peningkatan tinggi adalah Empangan Tasik Subang dengan paras takungan kini mencecah 3.65 juta meter padu (86.77 peratus) berbanding 3.53 juta meter padu (83.99) peratus iaitu peningkatan hampir tiga peratus.
-NFN-

Tiada ulasan: